Zahid: Ketua menteri GRS mesti dipilih dari Umno

0
306

PRESIDEN Umno menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa amat munasabah “jika mana-mana parti dalam gabungan yang memperolehi kerusi yang terbanyak diberikan mandat dan peluang untuk mengetuai kerajaan setelah rundingan diadakan.”

Selepas menang pilihan raya Sabah, saingan kini sedang berlangsung untuk merebut jawatan ketua menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ini selepas Umno menang jumlah kerusi terbanyak dalam gabungan longgar itu mengatasi sekutunya Perikatan Nasional (PN), iaitu Bersatu dengan 11 kerusi dan Star 6 kerusi.

Sementara itu, parti GRS yang lain, PBS pula mempunyai enam kerusi.

BN pula memperolehi 14 kerusi yang semuanya dimenangi oleh Umno semalam.

Secara keseluruhan, GRS menang 38 dari 73 kerusi sementara saingannya, Warisan Plus, memperoleh 32 dan bebas, tiga kerusi.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malam tadi berkata parti itu berhak menentukan siapa yang akan menjadi ketua menteri.

“Maksud saya ketua menteri GRS mesti dipilih daripada Umno,” katanya melalui pesanan teks kepada Malaysiakini.

Malaysiakini telah menghubungi pengerusi BN untuk mendapatkan penjelasan mengenai apa yang beliau katakan kepada wartawan di Kota Kinabalu sebelumnya.

Pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook, Zahid berkata amat munasabah dan “lebih baik jika mana-mana parti dalam gabungan yang memperolehi kerusi yang terbanyak diberikan mandat dan peluang untuk mengetuai kerajaan setelah rundingan diadakan di kalangan parti-parti gabungan itu.”

Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin ketika hari penamaan calon pada 12 Sept lalu menawarkan Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada gabungan Warisan Plus.

Kenyataan Muhyiddin itu ditempelak Zahid yang berkata calon ketua menteri hanya akan ditentukan selepas keputusan pilihan raya diketahui.

“Ketua menteri Sabah hanya akan dipilih oleh Adun BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baru,” katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/544222
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here