Calon PM Lubnan letak jawatan

0
228
FOTO: Wikimedia Commons/Unknown author / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

CALON perdana menteri Lebanon Mustapha Adib semalam mengundurkan diri daripada jawatannya, justeru menggagalkan usaha untuk membentuk kerajaan baharu di tengah-tengah tuntutan reformasi.

Peletakan jawatannya itu berlaku genap sebulan selepas beliau dipilih. Sebelum ini Mustapha merupakan duta negara itu ke Jerman sejak 2013, lapor portal The Hill.

Presiden Perancis Emmanuel Macron sebelum ini telah menggesa supaya parti-pati politik di Lubnan menubuhkan kerajaan campuran secepat mungkin.

Bagi tujuan itu Macron turut menawarkan untuk menjadi penaja rundingan bantuan pada pertengahan Oktober depan bagi membantu Lubnan meringankan krisis kewangan dan ekonomi menjelang 4 Ogos.

Perdana Menteri Lubnan sebelum ini, Hassan Diab meletakkan jawatan setelah dikritik kuat susulan tragedi letupan yang mengorbankan lebih 200 orang.

Seorang pegawai pejabat Macron menyifatkan peletakan jawatan Adib sebagai satu pengkhianatan kolektif oleh parti-parti politik di Lubnan.

Beliau berkata adalah penting bagi Lubnan menubuhkan sebuah kerajaan yang layak menerima bantuan antarabangsa, dan sehubungan itu Perancis tidak akan mengabaikan negara tersebut.

Pejabat Macron juga dikatakan akan mengadakan satu sidang media hari ini tentang perkara itu.

Sementara itu Adib melalui Twitter berkata beliau memohon maaf di atas keputusannya dan mengucapkan selamat berjaya kepada sesiapa yang dipilih untuk mengambil alih tanggungjawab.

-BebasNews

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here