Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PIHAK berkuasa Texas, Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa bekalan air ke bahagian tenggara negeri itu mungkin dicemari organisma ameba pemakan otak manusia berikutan kematian seorang kanak-kanak berumur 6 tahun.

Menurut portal Axios, Suruhanjaya Kualiti Alam Sekitar Texas mengeluarkan amaran tentang perkara itu bagi lapan bandar raya, termasuk sebuah penjara dan sebuah kilang kimia di Freeport.

Bagaimana pun, amaran telah ditarik balik bagi semua lokasi kecuali kawasan Tasik Jackson yang mengisytiharkan bencana semalam (Sabtu).

Kematian kanak-kanak itu berlaku pada 8 September lalu dan kajian mendapati bahawa ia ada kaitan dengan dua kawasan air di mana kanak-kanak itu pernah bermain sebelum jatuh sakit.

Dua kawasan air itu ialah air pancut Pusat Sivik Tasik Jackson dan getah air di rumahnya.

Berikutan itu bandar raya Lake Jackson kini berdepan dengan ancaman kepada nyawa, kesihatan dan premis kerana bekalan air telah dicemari.

Menurut Gabenor Gregg Abbot kesannya amat serius dengan kemudaratan termasuk jangkitan dan kematian.

Pihak berkuasa menasihatkan semua penduduk supaya mematuhi arahan jangan minum atau menggunakan air paip kecuali untuk tandas sehingga sistem bekalan dibersihkan dan disahkan selamat.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here