KKM kerah lebih ramai kakitangan atasi kesesakan di lapangan terbang

    0
    394

    VIDEO:@mynameis_nd

    KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum masalah kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2 (KLIA1 dan KLIA2) setelah peraturan baru berhubung saringan Covid-19 yang mula dilaksanakan semalam.

    Penumpang yang tiba dari Sabah mengadu bahawa mereka harus beratur di koridor yang sesak hingga tiga jam sebelum mereka dapat menerima ujian Covid-19 dengan sesetengahnya menyatakan kebimbangan bahawa mereka mungkin dijangkiti wabak dalam proses tersebut.

    Menanggapi kritikan itu, KKM memaklumkan akan mengerahkan lebih banyak kakitangan untuk mempermudah proses berkenaan.

    “KKM telah menambah kakitangan di KLIA dan KLIA2 untuk menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari Sabah yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan domestik.

    “Peraturan baharu itu bermula hari ini dan mereka dipakaikan gelang kuarantin dan diwajibkan menjalani HSO (kuarantin rumah),” kata KKM dalam kenyataan media semalam.

    Di bawah peraturan baru itu, semua individu yang tiba dari Sabah mesti menjalani ujian Covid-19 dan menjalani kuarantin 14 hari di rumah.

    Peraturan itu adalah susulan lonjakan kes Covid-19 di Sabah, terutama di pantai timur negeri itu.

    KKM telah menambah kakitangan di KLIA dan KLIA2 untuk menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari #Sabah…

    Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Ahad, 27 September 2020

    KKM menjangkakan kemasukan ke semenanjung dari Sabah setelah pilihan raya negeri berakhir.

    Petang semalam KKM memaklumkan sekurang-kurangnya 15 kes Covid-19 baharu di lima negeri di seluruh semenanjung Malaysia melibatkan individu yang pulang dari Sabah.

    Namun, pelaksanaan awal peraturan itu dipertikaikan apabila ramai mengadu terperangkap di lapangan terbang selama berjam-jam.

    Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi turut menyorot perkara berkenaan di Facebook.

    “Terpaksa menunggu berjam-jam di KLIA untuk swab test. Bayangkan perjalanan dari Sabah mengambil masa 2 jam 40 minit.

    “Dah tunggu tiga jam di airport masih belum nampak kelibat orang KKM. Rupanya penerbangan lain pun menerima nasib yang sama.

    “Kesian tengok penumpang warga emas dan anak kecil,” katanya.

    Memang hebat Kementerian Kesihatan nih. Terpaksa menunggu berjam jam di KLIA untuk Swab Test. Bayangkan perjalanan dari…

    Posted by DrPuad Zarkashi on Ahad, 27 September 2020

    https://bit.ly/36cbNF3

     

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here