FOTO: Gulf News

ANGGUN… Emiriah Arab Bersatu (UAE) lakar sejarah tersendiri apabila sebuah pasukan polis khas pemusnah bom yang hanya disertai anggota wanita sepenuhnya mula dilancarkan di wilayah Dubai.

Menurut laporan akhbar tempatan, Khaleej Times, pasukan elit itu malah diletakkan terus di bawah Jabatan Pemusnahan Letupan di Jabatan Umum Kecemasan dan Perlindungan Keselamatan.

Pemangku jabatan tersebut, Brigadier Rashid Khalifa Al Falasi berkata, kesemua anggota terbabit dipilih menerusi proses saringan ketat dan mereka perlu melalui latihan intensif selama lapan bulan.

“Idea penubuhan pasukan ini dicetuskan Leftenan Jeneral Abdullah Khalifa Al Merri, Ketua Komander Polis Dubai yang amat sokong pembabitan wanita tempatan dalam isu keselamatan,” jelas beliau.

Anggota wanita polis itu juga memiliki kepakaran dalam bidang pemeriksaan keselamatan di sekitar Dubai serta boleh dikerah untuk tangani tugasan berbahaya yang setanding dengan anggota lelaki.

Buat permulaan pasukan tersebut disertai lima wanita yang diterajui Sarjan Nawf Mohamed Ibrahim dan mereka mula menjalani siri latihan rapi sejak awal Februari lalu sehingga tamat pada bulan ini.

“Kami turut terlibat dalam Program Sterilisasi Nasional bagi bantu kerajaan kekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan penduduk yang diarah tinggal di rumah untuk proses kuarantin,” katanya.

Sementara itu, Korporal Pertama Kholoud Abdullah Al Marri berkata bahawa beliau tertarik untuk menyertai pasukan khas tersebut bagi cabar kemampuan dirinya setelah menjadi anggota polis.

Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan selain mereka berdua, pasukan ini turut disertai Korporal Pertama Aisha Muhammad Abdullah, Maitha Ali Muhammad dan Abeer Muhammad Ibrahim.

Ketika ini, dianggarkan terdapat lebih 5,000 anggota polis wanita tetap di seluruh UAE dan muncul sebagai negara tunggal di rantau Asia Barat yang mempunyai pasukan penguatkuasaan wanita.

Ditubuhkan pada 1961, kesemua anggota itu kemudian diletakkan di bawah Persatuan Polis Wanita UAE sejak 2012 selain jadi ahli Persatuan Polis Wanita Antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here