UiTM tangguh pendaftaran bersemuka pelajar dari zon merah

0
362

SHAH ALAM — Universiti Teknologi Mara (UiTM) memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran pelajar baru dan lama dari Sabah dan kawasan zon merah secara bersemuka bagi sesi pengajian yang dijadualkan bermula bulan depan berikutan peningkatan kes Covid-19.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Dr Ir Mohd Azraai Kassim berkata, arahan yang sama turut dikeluarkan kepada pelajar dari Semenanjung yang akan mendaftar di kampus UiTM Sabah.

“Pelajar baru dan lama boleh mendaftar secara dalam talian. Notis mengenai perkara tersebut akan dikeluarkan hari ini. Proses pembelajaran juga akan dijalankan secara dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan peralatan pengajaran dan pembelajaran oleh kedutaan China kepada UiTM di sini, hari ini.

Ditanya mengenai istiadat konvokesyen UiTM yang dijadual berlangsung November ini, Azraai berkata, pihaknya sedang berbincang mengenai perkara tersebut sama ada ia diteruskan seperti biasa atau secara kebiasaan baru dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua institusi pengajian tinggi menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baru dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bermula Oktober ini.

KPT mencadangkan proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian.

-Bernama
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here