Tik Tok: Hakim AS hentikan larangan ke atas App Store

0
286

Oleh Fetty Rara

TIK TOK berjaya mengelak tindakan kerajaan AS untuk menyekat pengguna memuat turun aplikasi baharu setelah seorang hakim mengeluarkan perintah injunksi sementara.

Sebelum ini aplikasi perkongsian video popular itu berdepan dengan ancaman dikeluarkan daripada App Store Apple dan Google Play Android pada tengah malam di Washington DC, lapor bbc.com.

Injunksi tersebut bermakna pengguna di AS akan terus boleh menggunakan aplikasi tersebut.

Bagaimana pun, bagi pengguna yang telah memadamkan aplikasi Tik Tok sebelum ini mereka tidak akan boleh memuat turun aplikasi baharu mahu pun menerima sebarang kemas kini.

Hakim Mahkamah Daerah Columbia Carl Nichols mengeluarkan perintah injunksi tersebut pada petang semalam setelah mendengar hujah selama 90 minit berhubung kes itu.

Tik Tok menyambut baik perkembangan terbaharu ini kerana pihak mahkamah bersetuju dengan hujah perundangan bagi pihak mereka.

Syarikat tersebut menyifatkan tindakan kerajaan AS itu sebagai melanggar perlembagaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here