2 mati, 89 kes baharu Covid-19

0
641
FOTO: NSTP.

SEBANYAK 89 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 2 kematian dicatatkan manakala 28 pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 89 kes baharu itu 86 adalah penularan tempatan dan 3 kes import.

Dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat 136 orang.

Sementara itu, 16 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 3 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 11,224 kes Covid-19 dengan 9,967 daripadanya sembuh.

https://bit.ly/34fDeLA
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here