Kukuhkan PN dan BN menuju PRU15 menerusi diskusi tertutup

0
521
FOTO: NSTP.

Oleh MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

KEPUTUSAN PRN Sabah memperlihatkan rakyat Sabah telah memberi mandat kepada GRS (PN, BN dan PBS) kerana semua parti memperlihatkan kepada rakyat kesatuan dan perpaduan masing-masing yang bersedia mengetepikan segala perbezaan untuk berhadapan dengan Parti Warisan Plus (Warisan, Pakatan Harapan & Upko).

Semua pimpinan utama PN, BN dan PBS bukan sahaja berkongsi pentas berceramah yang sama, malah menubuhkan jawatankuasa untuk menghasilkan Aku Janji GRS secara bersama.

Keputusan PRN di Sabah juga memperlihatkan setiap parti di bawah GRS mempunyai kekuatan & peranan tersendiri. Tanpa penglibatan & sumbangan salah satu parti (PN, BN atau PBS), tidak mungkin kerajaan baru dapat dibentuk di Sabah.

Semua Pimpinan PN mahupun BN harus menghentikan perbalahan secara terbuka termasuk melalui kenyataan media & kenyataan di media-media sosial. Gunakan platform & forum yang betul seperti diskusi tertutup untuk menguruskan segala perbezaan pendapat.

Serangan seharusnya dihala kepada pihak musuh dan bukannya sesama sendiri. Perbuatan menyerang sesama sendiri akan hanya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita & menguntungkan/menggembirakan pihak lawan.

Secara jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan atau individu dalam (Bersatu-PN) atau (UMNO-BN) yang mengguris hati dan perasaan masing-masing tidak melambangkan pendirian parti masing-masing secara keseluruhannya dan wajar dihentikan serta merta. Eloklah bermaaf-maafan dan buka lembaran baru untuk kerjasama PN dan BN yang lebih kukuh menuju PRU 15 yang bakal tiba pada bila-bila masa dari sekarang.

Segala usaha untuk memperkukuhkan kerjasama antara PN dan BN harus bermula dari sekarang dan bukan di saat-saat akhir. Usaha ini harus digerakkan dari peringkat pimpinan tertinggi parti sehinggalah ke peringkat bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.

Sabah telah membuktikan formula kerjasama PN + BN +PBS telah berjaya menumbangkan Warisan + Pakatan Harapan +Upko.

Sekiranya semua pihak ikhlas, bersatu hati untuk menjayakan usaha ini, berbekalkan sokongan tinggi rakyat Malaysia kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini, InsyaAllah saya yakin dan percaya gagasan PN+BN akan berjaya menewaskan Pakatan Harapan+Warisan dengan cemerlang pada PRU 15 nanti, InsyaAllah.

— BebasNews

Nota: Penulis ialah Exco Kerajaan Melaka dan Naib Presiden BERSATU.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here