Zali guna Pewangi Haqiem Rusli

0
511
Zali Rusli muncul dengan single Pewangi, ciptaan abangnya, Haqiem Rusli dan Ibnu.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MENJELANG pukul 12 tengah malam ini, sebaik saja melangkah ke hari Jumaat (2 Oktober) single sulung penyanyi baharu, Zali Rusli yang berjudul Pewangi akan dilancarkan di semua platform streaming iaitu Joox, Spotify, Deezer dan lain-lain.

Manakala video muzik lagu Pewangi yang berentak balada itu akan dilancarkan pada pukul 8 malam hari yang sama di saluran YouTube rasmi FMC Music.

Zali yang berusia 15 tahun itu bertuah kerana menyanyikan lagu ciptaan abangnya, penyanyi Haqiem Rusli bersama Ibnu.

Sebelum berpeluang tampil dengan single sendiri, Zali dilihat sering menonjolkan bakatnya setiap kali Haqiem mengadakan persembahan pentas.

Video muzik Pewangi akan disiarkan di platform streaming pada pukul 8 malam (2 Oktober).

“Saya berterima kasih kerana abang sudi memberi lagu ciptaannya untuk saya nyanyi. Walaupun ini lagu ciptaannya tapi cara nyanyian saya berbeza. Saya harap tak adalah yang membandingkan kami, lagipun saya masih baharu dalam bidang seni, dah tentulah pengalaman kami berbeza.

“Bila dia sudi memberi karyanya, itu pun sudah besar maknanya buat saya. Sebagai pendatang baharu, tentulah saya menyimpan pelbagai impian. Saya akan cuba mencipta nama sebagai penyanyi dengan bakat saya sendiri,” katanya yang mahu elak dikatakan menumpang populariti Haqiem Rusli.

Rupa-rupanya sebelum dilamar menjadi artis naungan FMC, ibu bapanya telah memberi syarat kepada Zali agar tidak mengabaikan pelajaran walaupun ingin mengejar impian sebagai seorang penyanyi.

Sementara itu, Haqiem berkata, sebagai abang, beliau akan cuba memberi sokongan yang terbaik buat adiknya itu.

“Bukan senang untuk mencipta nama dalam indsutri ini dan saya perlu beri tunjuk ajar kepada adik saya untuk melalui liku-liku dalam bidang ini.

Zali perlu memenuhi syarat ibu bapanya agar tidak mengabaikan pelajaran, biarpun bergelar penyanyi.

“Harapan saya untuk Zali, semoga dia dapat belajar benda-benda baharu dalam industri muzik Malaysia. Lagipun, dia masih muda dan saya akan sentiasa memberi galakan kepadanya supaya menjadi seorang penghibur.

“Untuk menjadi penghibur dan menggembirakan orang lain bukan perkara mudah. Saya harap lagu Pewangi dapat menjadi platform terbaik untuknya mengatur langkah dalam bidang seni. Semoga dia berjaya mencapai impiannya,” doa Haqiem untuk adik bongsunya itu.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here