fotoBERNAMA

KUALA KUBU BHARU — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tatacara operasi standard (SOP) di masjid dan surau akan diperkemaskan susulan peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini.

Berkongsi maklumat mengenai perkembangan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pagi tadi beliau berkata, SOP baru di masjid atau surau setakat ini tidak dibincangkan.

“Tidak dibincangkan (mengenai SOP baru di masjid dan surau), sekadar kita akan memperkemaskan SOP dan kepatuhannya,” katanya selepas menyempurnakan majlis Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ 2020 serta majlis Penganugerahan Darul Quran Jakim di sini, hari ini.

Mesyuarat khas MKN itu turut dihadiri Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan (Kerja Raya) Fadillah Yusof; Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba serta menteri berkaitan, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baru Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.

-Bernama
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here