UK catat lebih 10,000 jangkitan harian Covid-19

0
318

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

UNITED Kingdom mencatatkan lebih daripada 10,000 kes jangkitan Covid-19 dalam sehari sejak program ujian secara besar-besaran bermula. Kini terdapat sebanyak 12,872 kes baharu sepanjang 28 hari lalu lapor bbc.com.

Bagaimana pun, kerajaan berkata isu teknikal yang dihadapi bermakna sesetegah kes tidak dapat direkodkan, justeru dikumpulkan bersama data ntuk Sabtu (semalam).

Laporan tersebut menyusul selepas data yang dikeluarkan minggu ini didapati menunjukkan bahawa mungkin kadar jangkitan telah berkurangan berbanding minggu lalu.

Data tersebut adalah berdasarkan ujian mingguan yang diambil daripada sampel rambang bagi mendapatkan petunjuk tentang jumlah yang terkena jangkitan bagi masa tertentu.

Pengumuman tentang masalah teknikal itu dibuat pada waktu yang tidak sesuai, kata editor kesihatan BBC Hugh Pym kerana data tersebut diteliti dengan rapi oleh pihak menteri dan pihak tertinggi kesihatan yang berusaha untuk menentukan kadar penularan virus berkenaan.

Beliau berkata setelah dikritik sejak beberapa bulan lalu mereka akan berdepan dengan lebih banyak persoalan berhubung proses pengumpulan data bagi mendapatkan unjuran dan petunjuk srbenar keadaan pandemik itu di UK.

BebasNews

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here