Orang awam digesa waspada akaun Twitter palsu @MyJAKIM – MCMC

0
254
CAKUPAN skrin akaun twitter palsu parodi yang dimaksudkan

KUALA LUMPUR — Susulan satu akaun Twitter palsu yang menggunakan nama dan logo Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihati orang awam berwaspada dengan kewujudan akaun palsu seumpamanya.

Orang awam turut diminta melaporkan kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya.

MCMC dalam kenyataannya hari ini merakamkan penghargaan kepada pihak Twitter atas kerjasama pantas menggantung akaun Twitter @MyJAKlM, yang dikesan cuba menyamar sebagai JAKIM dengan niat untuk memuat naik hantaran-hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengguna Twitter Rafidah Hanim Mokhtar menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya memaklumkan Jakim bahawa akaun ‘parodi’ itu menggunakan nama dan logo yang sama kecuali ejaan akaun palsu itu dengan huruf L kecil menggantikan huruf ‘I’ besar dalam akaun asal.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Twitter rasminya turut meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun palsu itu.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here