Kementerian Sumber Manusia sahkan seorang kakitangan positif Covid-19

    0
    402

    KEMENTERIAN Sumber Manusia hari ini mengesahkan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

    Katanya dalam kenyataan, kakitangannya itu disahkan positif pada 4 Oktober.

    Bertindak atas perkembangan itu, kementerian mengambil langkah pencegahan segera penularan jangkitan Covid-19 dengan mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan.

    Kontak rapat dalam kalangan kakitangan juga menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di rumah.

    “Langkah proaktif seterusnya diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran. Sebagai langkah tambahan, swab test akan dilaksanakan kepada pegawai,” katanya.

    Sementara itu, semua program kementerian itu ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta sehingga 16 Oktober.

    “Kementerian akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19 serta memperketat langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan wabak dapat dibendung,” katanya.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/07/kementerian-sahkan-seorang-kakitangan-positif-covid-19/

     

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here