Jangan sebar berita palsu tentang kesihatan Abdullah Ahmad Badawi

0
450
FOTO: Malay Mail.

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu berhubung kesihatan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pejabat bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan berkata beliau dalam keadaan sihat dan berada bersama keluarganya.

Pejabat Abdullah menyatakan kekesalan kerana berita palsu berkaitan kesihatan beliau terus disebarkan walaupun satu laporan polis dibuat pada 10 Ogos.

Kenyataan tersebut menasihatkan orang ramai supaya mengesahkan sebarang maklumat sebelum dikongsi.

Abdullah, 81, berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima dari tahun 2003 hingga 2009.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here