Sudah sampai masa Melayu pisahkan politik dan diri…

3
4632

SUDAH tiba masa rakyat jelata Melayu; mentaliti mereka; perasaan mereka berhenti daripada bercakap mengenai politik.

Sudah perlu ada pemisahan antara politik dan masa depan mereka. Itulah sistem di negara-negara maju, apabila soal politik tidak menjadi keutamaan dan terpisah daripada kehidupan seharian.

Ia hanya berlaku di negara-negara miskin dunia ketiga, seperti kita, Arab, India, Afrika — yang bergaduh sesama mereka kerana fahaman politik. Yang mati adalah rakyat.

Allah Taala memberikan ruang yang cukup luas di muka bumi ini untuk kita menerokai pasaran yang terbentang.

Adakah orang Melayu, jika mahu kuasa dan kekayaan hanya kena masuk politik semata-mata?

Orang Melayu mulai sekarang perlu bercakap mengenai kehebatan dalam dunia perniagaan, sains dan teknologi — seperti hebatnya empayar besar Melaka dahulu.

Kita sedar empayar itu jatuh apabila politik mulai menguasai diri mereka. Tamak haloba, hasad dengki, khianat diperlakukan melampaui akal fikiran dan ketuhanan.

Saya melihat pusingan itu sedang berlaku sekarang. Itulah yang berlaku kepada kita. Setiap saat kita berdebat mengenai politik. Orang itu macam ini, orang ini macam itu. Adu-domba, hasad dengki dan pengkhianatan.

Sebenarnya kegelisahan pemikiran politik kita memberi kekuatan kepada orang-orang politik itu sendiri, berbanding kita yang bukan orang politik.

Saya menulis ini setelah terkesan dengan satu rencana dalam bebasnews bertajuk Wanita, durian dan halal (https://bebasnews.my/?p=45050), yang memperlihatkan keazaman seorang wanita Anna Teo — bukan Melayu, bukan Islam menguasai perniagaannya sehingga ke seantero dunia.

Malu kita. Orang Melayu asyik  cakap pasal politik, siapa nak jadi PM, siapa nak berkuasa, sedangkan orang lain boleh pasar durian dan bi-produknya sehingga ke mana-mana di dunia.

Sepatutnya itulah semangat yang wajib kita kena tanamkan dalam diri anak-anak Melayu kita. Realitinya, orang lain sudah jauh meninggalkan kita. Tetapi kita masih melihat di depan tumit kaki kita sahaja.

Bercakaran sesama kita, bertengkar sesama kita bagi mempertahankan pendapat yang tiada tujuan ke mana-mana sekali pun.

Malulah, industri halal yang merupakan satu fardu kepada umat Islam pun gagal dilaksanakan dengan sempurna. Industri halal adalah satu sunnah perniagaan yang bernilai beratus bilion ringgit.

Malu sungguhlah. Bangkitlah kita daripada kedaifan. Pisahkan diri kita daripada politik yang sempit.

BebasNews
Please follow and like us:

3 COMMENTS

  1. Tepat sekali apa yang saudara tuliskan ini. Sememangnya kita malu kerana yg bukan Islam pun amat pintar meneroka pasaran halal di seluruh dunia. Walhal kita yang melaungkan diri sebagai Islam tidak mencoba pasaran halal yang begitu luas sekali di seluruh pelosok dunia

  2. ORANG MELAYU TIDAK BERSATU,TIDAK PEDULI PERLEMBAGAAN,TIDAK TU NJUK DIA TERAMAI,LEMAH,PEMALAS,SUKA BERHIBUR,TIDAK KIASU…..

  3. Betullah kita orang melayu PAS,UMNO,PKR dan lain2
    seolah begitu terlibat dengan politik tetapi tidak kurangnya bangsa lain seperti DAP dan MCA umpamanya.Cuma nya bangsa melayu kurang ketara bab2 perniagaan.

    Jelas orang melayu hampir gagal dalam produk halal untuk eksport bukan tiada permintaan luar negara tetapi pengusaha2 diMalaysia hanya segelintir sahaja yang terlibat bukan besar besaran kerana tiada sokongan total dari kerajaan atau pihak swasta bumiputra.

    Suka nak kongsi pengetahuan perniagaan apabila orang cina berniaga.Modal orang cina berniaga di Malaysia bahkan di seluruh dunua datangnya dari negara China.Tahu tak siapa yang bekalkan modal dari negara China kepada taukeh2 cina Malaysia atau cina dari negara China untuk berniaga diMalaysia atau lain2 negara.Peniaga2 bangsa cina ini dibantu diberi modal oleh kerajaan negara China sendiri yang menjadi rakan kongsi niaga.Tidak risaulah tentang untung rugi sangat, modal niaga terjamin,….yang penting satu hari akan dapat kuasa monopoli atau takluk dunia perniagaan secara halus.

    Selagi kerajaan Malaysia tidak usahasama dengan perniagaan melayu islam dalam produk halal eksport …tak perlu lah salahkan sesiapa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here