Jangan biarkan kegilaan politik ini berlaku…

8
6810

Oleh Penganalisis BebasNews

RAKYAT menjadi celaru dan keliru dengan kegilaan orang politik memperkotak-katikkan negara ini.

Apa faedahnya apabila kita melayan adu-domba politik oleh pihak-pihak yang ingin menjadi Perdana Menteri.

Barisan kabinet kononnya cadangan perpaduan ummah yang akan dipersembahkan untuk pekenan Yang di-Pertuan Agong oleh Anwar Ibrahim telah diviralkan kepada masyarakat.

Yang nyata itu adalah satu penghinaan kepada institusi raja kita.

Kita pasti, bukan kerja YDP Agong untuk menerima menghadap sesiapa sahaja untuk menjadi PM sedangkan Perdana Menterinya masih lagi ada.

Hentikanlah adu-domba ini untuk kesejahteraan dan ketenteraman negara ini.

Kecualilah sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli-ahli Parlimennya barulah Yang di-Pertuan Agong boleh memutuskan siapa yang akan menggantikannya.

Ada yang cadangkan jika keadaan sudah tidak terkawal mungkin berdasarkan Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong sendiri boleh membuat keputusan eksekutif dengan melantik sesiapa yang Baginda percayai selaku Perdana Menteri interim.

Sesungguh rakyat sudah bosan dan letih dengan permainan politik ini.

Semasa krisis kesihatan sedang melanda negara, ada pemimpin yang sedang memikirkan kepentingan diri dan politik mereka.

Ayuh rakyat hentikan kegilaan ini.

— BebasNews

Please follow and like us:

8 COMMENTS

  1. Penulis ini kononnya penganalisis politik, tapi nampak sangat dia langsung tidak faham undang-undang perlembagaan. Terbabas jauh hipotesis jelek dia.

  2. Artikel ini mengarut keluar dari kotak pemikiran di bwh tempurung. Dtg drpd org yg tk memahami isu semasa negara & isu global senasa n masa depan. Harus buka minda jauh melangkaui isu covid19 & politik sempit Malaysia.

  3. Mesti proposal dari orang UMNO…barisan kabinet penuh dengan menteri2 perasuah dan mementingkan diri sendiri…terutama TPM yg disyorkan…kes2 mahkamah pun belum selesai.

  4. Apakah tidak benar ujudnya orang orang umNO yang lebih pentingkan temolok sendiri daripada memikirkan kebaikkan dan kesejahteraan rakyat?

  5. Ini lah contoh berita palsu atau fake news yg harus dicegah dan penulis nya didakwa kerana menyebar berita yg tidak sahih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here