Anwar 13 Oktober: Kita serahkan kebijaksanaan YDP Agong

FOTO: Wikimedia Commons/Firdaus Latif / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0)

Oleh Dato Prof Emeritus Dr Hashim Yaacob

TADI beberapa orang kawan bertanya pada saya, apakah boleh menurut Perlembagaan Malaysia, bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap DYMM SPB YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’yatuddin Al- Mustaffa Billah Shah untuk menyembahkan bahawa beliau mempunyai kelebihan bilangan kepercayaan ahli Dewan Rakyat, sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia pada waktu ini?

Lantas saya menjawab:
“Manalah saya tahu, saya bukan peguam atau pegawai undang-undang, apatah lagi pakar Perlembagaan.”

Yang saya baca, Shamrahayu kata tak boleh, Aziz Bari kata boleh.

Kawan-kawan saya yang bertanya itu senyap, lalu saya berkata lagi:
“DYMM SPB YDP Agong itu adalah Ketua Negara, dan penjaga keutuhan Perlembagaan Negara kita.”

Baginda amat arif tentang Perlembagaan Negara, ditambah lagi oleh keupayaan Baginda untuk mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar Perlembagaan dalam negara mengenai perkara ini.

Kita tak perlu bimbang atau risau. Kita serah saja kepada kebijaksanaan Baginda, payung rakyat jelata.

Semua kawan-kawan saya yang bertanya tadi mengangguk, tanda setuju.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here