‘Jangan mungkir janji buat PRU, biar lebih ramai mati’

0
589

Dr Mahathir Mohamad hari ini membangkitkan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa dia akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat jika Gerakan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam pilihan raya negeri Sabah.

Dalam satu hantaran sinis di blognya hari ini, Mahathir berkata Muhyiddin patut mengotakan kata-katanya itu dan menerima saja akibat yang bakal menyusul, memandangkan “politik lebih utama daripada prinsip”.

Bagaimanapun bekas perdana menteri itu tidak menyebut nama Muhyiddin secara khusus dalam hantaran tersebut.

“Kata pemimpin tertinggi, kalau menang (di Sabah), PRU akan diadakan.

“Jangan mungkir janji, adakan PRU (dan) biar ratusan ribu dijangkiti (Covid-19). Biar lebih ramai mati.

“Politik lebih utama daripada prinsip. Apa aku peduli? Aku dapat (apa yang dimahukan),” katanya.

Kenyataan Muhyiddin itu dibuat dalam ceramah kempen PRN Sabah pada 18 September lalu. Ia kali pertama Muhyiddin menunjukkan kecenderungan melaksanakan PRU segera walaupun perkara itu mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

“Sekiranya kita menang di Sabah, kita akan bergegas dan mengadakan PRU…Isyarat mesti diberikan oleh orang Sabah bahawa ‘kami menyokong PN, kami mahu Muhyiddin terus menjadi perdana menteri. Kami mahu Malaysia terus maju dan berjaya’ dan satu-satunya cara untuk berjaya adalah bersama saya,” katanya.

GRS menang setelah mendapat 38 daripada 73 kerusi DUN Sabah.

Bagaimanapun PRN tersebut telah dianggap sebagai memburukkan lagi penularan Covid-19 di Malaysia.

Sejumlah ahli politik yang menyertai kempen di negeri itu telah pun dijangkiti wabak itu.

Dalam satu kes, seorang guru yang merupakan isteri seorang ahli politik yang menyertai kempen itu turut didapati positif dan menyebabkan sejumlah 600 murid sekolah rendah di Pulau Pinang perlu membuat ujian saringan.

Setakat semalam, terdapat 353 kes positif dengan sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September – termasuk bukan ahli politik.

Pada masa ini pentadbiran Muhyiddin hanya memiliki majoriti dua kerusi di Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok bagi membuktikan sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan baru.

https://bit.ly/2IhMKGN
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here