Roket Centaur sebelum dilancarkan pada 1966/ Foto: General Dynamics.

Oleh Fetty Rara

KECOH sekejap apabila sebuah objek misteri di angkasa lepas yang dikesan oleh saintis dijangka akan ditarik graviti bumi dan menjelma sebagai bulan kecil.

Sebenarnya menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) objek misteri itu hanyalah sebahagian daripada sebuah roket yang rosak 54 tahun lalu, lapor CBS News.

Sebelum ini beberapa pakar telah menamakan objek ‘misteri’ tersebut sebagai Asteroid 2020 OS.

Objek tersebut merupakan bahagian atas roket Centaur yang dilancarkan oleh NASA pada 1966 untuk meletakkan kenderaan penjelajah ‘Surveyor 2’ di permukaan bulan, tetapi tidak dapat digunakan kerana terhempas sewaktu pendaratan.

Sementara itu pemacu roket yang membawa kenderaan tersebut terus berlegar di angkasa lepas hingga dikesan baru-baru ini melalui teleskop angkasa lepas di Hawaii sebagai sebuah objek misteri atau sebuah asteroid.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here