Selangor bantah PKPB?

Oleh Dato Prof Emeritus Dr Hashim Yaacob, FRCPath dan Adi Sukma (LLM)

TINDAKAN kerajaan pusat untuk mengenakan PKPB ke atas Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai esok hari adalah patut, walau terdapat juga kawasan yang hijau.

Kerajaan tentunya telah memikirkan dengan semasaknya untuk melaksanakannya.

Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah terlebih penting daripada perkiraan lain. Apalah pentingnya perkara lain kalau kesihatan robek dan musnah. Rakyat tahu hakikat ini.

Sebelum membantah, tanyakanlah diri anda, apakah anda atau orang tersayang pernah dijangkiti Covid 19? Atau kita benar-benar faham akan musibah akibat daripadanya?

Sekiranya PKPB ini tidak dilaksanakan dan kes Covid 19 menular tinggi, kerajaan pusat juga akan dipersalahkan, kerana cuai dalam menjalankan kewajipan.

Kami menyokong sepenuhnya supaya kerajaan pusat melaksanakan PKPB mulai esok dan seterusnya seperti yang telah dirancangkan.

Jangan dilengah atau dihalang oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda sendiri.

Lagi pun hanya Pusat yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Kami lebih pentingkan kesihatan jasmani dan rohani untuk terus dapat memberi khidmat kepada negara, dan beribadah untuk dunia dan akhirat.

Beringatlah sebelum kena. Hairan juga mengapa Kerajaan Selangor dan pihak-pihak tertentu menentang pelaksanaan ini.

Log into Facebook | Facebook

Log into Facebook to start sharing and connecting with your friends, family, and people you know.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here