PKPB: Atlet negara, negeri berlatih secara kuarantin

0
251
AKADEMI Badminton Malaysia, Bukit Kiara antara venue program latihan berpusat atlet negara di bawah MSN.

Oleh Abdul Hafiz Ahmad

PROGRAM latihan berpusat atlet yang sedia ada di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Negeri-negeri berkenaan, masih boleh diteruskan secara tertutup dan terkawal atau pendekatan berasaskan kuarantin.

Program berkenaan kini dijalankan di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur, Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Kementerian Belia dan Sukan dalam kenyataan media hari ini mengumumkan demikian ekoran arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah pada 13 Oktober hingga 26 Oktober ini manakala Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikenakan PKPB dari 14 Oktober hingga 27 Oktober.

Di bawah PKPB dan SOP (tatacara pelaksanaan piawai) ekoran situasi semasa pandemik maut Covid-19 katanya, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti e-sukan, berjalan, joging, berbasikal, senamrobik kendiri dan lain-lain di kawasan terbuka, turut masih dibenarkan.

“Yang tidak dibenarkan ialah aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan tertutup seperti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal, perlawanan bagi sukan berpasukan dan penganjuran kejohanan atau pertandingan,” lapor kenyataan itu.

Justeru kenyataan itu menambah, penggiat sukan dan rekreasi termasuk pemilik dan pengendali kemudahan sukan dan rekreasi seperti padang bola sepak, kompleks sukan, dewan badminton, gimnasium, kolam renang dan sebagainya perlu mematuhi arahan yang ditetapkan bagi negeri-negeri dan kawasan yang dikenakan PKPB.

Antaranya termasuk menangguhkan dan menjadualkan semula semua aktiviti sukan dan rekreasi masing-masing memandangkan operasi di kemudahan-kemudahan itu perlu ditutup buat sementara sepanjang tempoh PKPB ini.

“Di daerah atau negeri lain, program dan acara sukan dan rekreasi boleh diteruskan dengan mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa agar dapat membantu memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.”

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here