Polis buru Datuk Seri larikan diri

    0
    1622

    KUALA LUMPUR — Polis memburu suspek utama sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.Menurut sumber, lelaki itu sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

    “Suspek dipercayai bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.

    “Polis hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini

    Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini sedang mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.

    Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan, polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

    Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

    Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan perintah reman, namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perjudian di Cheras.

    “Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjudian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.

    “Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.

    Terdahulu media melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

    Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/105064/BERITA/Jenayah/Polis-buru-Datuk-Seri-larikan-diri
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here