Macau Scam lolos di SPRM: Ini kisah sebenar…

    3
    31944
    FOTO:NSTP.

    Oleh Wartawan BebasNews

    MAKLUMAN: Pihak kami memohon maaf di atas masalah teknikal akibat lonjakan trafik ke portal BebasNews sebentar tadi — Editor.

    MENURUT sumber, pada 11 Oktober 2020, seramai sembilan orang suspek yang dilepas reman telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

    Tiba saja di Ibu Pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama. Ini menyebabkan kesemua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada di kalangan ahli keluarga suspek juga hadir untuk proses jaminan.

    Terdapat kekecohan di lobi utama bila kesemua Orang Kena Tahan (OKT) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai dilobi Ibu Pejabat SPRM.

    Hasil perbincangan, antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar Ibu Pejabat SPRM.

    Setelah selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu Pejabat SPRM.

    Terdapat empat kenderaan jenis velfire telah memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput suspek yang melarikan diri tersebut.

    Tiap-tiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama telah ditahan polis dan suspek-suspek ditangkap semula. Walau bagaimanapun salah seorang suspek yang telah dibebaskan dengan jaminan dan diserahkan SPRM kepada peguam beliau.

    Suspek tersebut telah masuk ke dalam kenderaan velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

    Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

    Bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai telah keluar dari kenderaan jenis velfire dan melarikan diri ke pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu oleh dua lagi pengawal peribadi yang telah bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

    Bila pihak polis menahan velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek tersebut telah melarikan diri. Hasil semakan CCTV beliau telah memanjat pagar dengan bantuan dua pengawal peribadi dan sebuah kereta myvi telah menunggu di tepi jalan.

    — BebasNews

    Please follow and like us:

    3 COMMENTS

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here