Beli beras Ashraffi, sambil menderma

0
179
Ustaz Dr. Mohd Ashraf Suarin (tengah) bersama Ebby Yus (kanan) dan wakil Enigma Food Technology pada hari prlancaran beras Ashraffi, baru-baru ini.
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

MEMBELI sambil menderma. Itulah konsep perniagaan yang diamalkan oleh Ustaz Dr. Mohd. Ashraf Suarin, 40, sewaktu mengambil keputusan untuk meniaga beras.

Slogan untuk beras jenama Ashraffi, keluaran Pondok Motivasi Sdn. Bhd., yang dilancarkan pada 5 Oktober lalu adalah suci, berkualiti dan sedap dinikmati.

Pendakwah bebas itu berkata, beliau memilih untuk mengeluarkan makanan ruji rakyat Malaysia kerana ia merupakan ibadah fardu kifayah bagi membolehkan masyarakat mendapatkan makanan yang halalan toiyib, bersih tanpa diragui.

Jelas Ustaz Mohd. Ashraf, mengeluarkan beras bukanlah satu perkara mudah kerana perniagaan tersebut sudah lama dimonopoli oleh peniaga bukan Islam.

Walaupun menyedari cabaran yang perlu ditempuhi, beliau nekad mahu menjadikan perniagaan beras yang diimport dari luar negara itu sebagai punca pendapatan untuk sekolah tahfiz, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur’an (PMTHQ), Tanjung Karang, Selangor.

“Kenapa saya nak niaga beras? Pertama, sebab beras adalah makanan ruji, terutama bagi masyarakat orang Islam. Pada saya, apa yang kita makan akan bentuk menjadi darah daging, takut kalau tubuh yang ada makanan haram itu menjadi bahan bakar di neraka Allah SWT.

“Kadang-kadang, kita tadah tangan, minta doa kepada Allah tiba-tiba ada sesuatu yang tidak sampai. Kenapa? Sebab ada makanan haram yang kita pakai daripada sumber yang haram. Sebab itu doa kita tak sampai kepada Allah. Kita harap mudah-mudahan ini adalah satu bentuk halalan toyibban,” katanya pada hari pelancaran  beras jenama Ashraffi, baru-baru ini.

Beras Ashraffi diimport dari Vietnam dan Thailand untuk beras putih, sementara beras basmathi dari Pakistan dan India yang dijual dengan harga mampu milik.

Ustaz Mohd. Ashraf yang juga pengasas PMTHQ itu berkata, selain mengeluarkan beras yang suci, berkualiti dan sedap dinikmati, beliau juga berhasrat membantu golongan yang memerlukan sama ada dari kalangan asnaf, anak yatim dan anak-anak tahfiz.

“Saya bekerja dengan niat kerana Allah untuk mencari pendapatan bagi menampung pelajar tahfiz di PMTHQ yang kebanyakannya merupakan golongan anak yatim dan asnaf.

“Insya-Allah, mungkin 20 atau 30 peratus daripada jualan beras ini akan disalurkan kepada PMTHQ. Selain itu, kita juga akan salurkan ke madrasah-madrasah yang memerlukan dana. Beras Ashraffi ini sebagai produk untuk berniaga, mudah-mudahan dapat pendapatan,” katanya.

Ustaz Dr Mohd. Ashraf Suarin menjelaskan beras Ashraffi dihasilkan demi untuk membantu anak-anak asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.

Ujarnya, beliau turut mendapat kerjasama Enigma Food Technology untuk mengurus, memproses, membungkus, mengedar dan mengiklankan produk beras Ashraffi.

Jelasnya, beras putih diimport dari Vietnam dan Thailand, sementara beras basmathi dari Pakistan dan India. Istimewanya beras jenama Ashraffi ini, peratus campuran beras hancur lebih kecil berbanding beras sedia ada di pasaran.

Bukan setakat itu saja, harga runcit beras Ashraffi juga jauh lebih murah iaitu RM4 untuk satu kilogram (kg), RM20 (5kg) dan RM40 (10kg). Manakala beras basmathi untuk satu kilogram adalah RM14 dan RM70, untuk lima kilogram.

Sejajar dengan niatnya yang bekerja kerana Allah, beliau turut menaja rancangan Yadul Ulya, iaitu sebuah rancangan berbentuk CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang sudahpun menjalani rakaman mendekati golongan Orang Asli di Genting Peras dan membantu asnaf fakir miskin di Sungai Besar.

Program tersebut dijangka disiarkan menerusi saluran televisyen Alhijrah pada Disember nanti.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here