Bolos di SPRM: Ketua Macau Scam dan Kartel Low Yat sedang diburu

    3
    8483

    Oleh Wartawan BebasNews

    SHAH ALAM — Pihak polis sedang memperhebatkan pemburuan seorang ketua sindiket Macau Scam dan judi online yang memboloskan diri dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan suspek itu bernama Alvin Goh.

    Alvin adalah mastermind dalam aktiviti judi dalam talian dikenali sebagai Kartel Low Yat. (Lihat sini: https://bit.ly/3iHojPK)

    BebasNews difahamkan, Alvin, yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Alvin (pangkat palsu) berperanan sebagai orang yang menjalankan operasi haram itu.

    Sementara peranan Addy Kana (yang kini dalam tahanan POTA) pula adalah sebagai “perhubungan awam” dengan pihak berkuasa dan mencuci wang melalui perniagaan oleh artis-artis tempatan.

    “Pencarian (Alvin) sedang diperhebatkan,” kata Hamid kepada BebasNews di sini hari ini.

    Ditanya mengenai laporan bebasnews bertajuk Macau Scam lolos di SPRM: Ini kisah sebenar (Lihat sini: https://bebasnews.my/?p=45566) yang menjadi viral hari ini, beliau berkata:

    “Saya dapati naratif (cerita) ini konsisten dengan penjelasan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kepada saya.”

    Laporan itu yang memetik sumber menyebut, pada 11 Oktober 2020, seramai sembilan orang suspek yang dilepas reman telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

    Salah seorang suspek yang berjaya melolos diri dibantu oleh dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat SPRM itu.

    Selain Kartel Low Yat, turut aktif adalah sindiket perjudian Ah Meng Co yang beroperasi secara dalam talian dan dipercayai turut membuka premis judi termasuk di sekitar kawasan Sungai Buloh, seperti didedahkan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, beberapa bulan lalu.

    Kartel Ah Meng Co ini turut dikaitkan dengan sindiket perjudian WeChat ini, bagaimanapun menghentikan kegiatan berasaskan premis judi sebaik operasi dan serbuan besar-besaran oleh Polis Diraja Malaysia susulan pendedahan Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut.

    — BebasNews

    Please follow and like us:

    3 COMMENTS

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here