Perhimpunan besar diharamkan di bawah dekri darurat di Thailand

0
191

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KERAJAAN Thailand telah mengeluarkan dekri darurat mengharamkan semua bentuk protes, termasuk perhimpunan aman yang turut menyasarkan institusi raja di negara itu.

Dalam pengumuman melalui TV kerajaan memaklumkan bahawa langkah-langkah segera amat diperlukan demi menjaga ketenteraman dan keamanan, lapor bbc.com.

Dekri tersebut memberikan justifikasi kepada arahan berkenaan memandangkan sesetengah dalam kalangan penunjuk perasaan bertindak melampau hingga mengganggu pergerakan kenderaan diraja di Bangkok semalam.

Setakat ini lebih 20 orang telah ditangkap, termasuk tiga individu yang dikatakan mengepalai protes.

Langkah-langkah darurat itu berkuat kuasa pada pukul 4.00 petang hari ini (Khamis).

Pergerakan demokrasi yang dipimpin pelajar mendesak supaya Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha meletakkan jawatan.

Beliau merampas kuasa pada 2014 selepas pilihan raya umum berkontroversi di negara itu.

Sejak kebelakangan ini tunjuk perasaan turut membabitkan gesaan supaya kuasa raja Thai dibendung.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here