Neelofa pilih untuk berpurdah

Penampilan Neelofa yang berpurdah itu ibarat satu kurniaan yang terindah buat dirinya yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.

0
666
Neelofa mahu memperbaiki kehidupannya agar lebih dekat dengan Illahi.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

USAHAWAN dan pengacara popular, Neelofa hari ini (15 Oktober) mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan baharu sebagai wanita berpurdah.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, menerusi Instagram miliknya, memohon doa daripada orang ramai agar perjalanan baharunya sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

Neelofa memulakan perjalanan hidup baharu dengan berpurdah.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiada dalam rahmat dan reda Illahi, Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ihsannya,” tulisnya.

Sementara itu, ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed menerusi Instagramnya turut memuat naik foto ketika bertemu dengan anak kesayangannya itu.

Bagi Noor Kartini, penampilan Neelofa yang berpurdah itu ibarat satu kurniaan yang terindah buat dirinya yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.

Noor Kartini anggap penampilan baharu Neelofa ibarat seorang bidadari yang dikirimkan kepadanya.

“Masya-Allah, Ya Allah. Aku tiada ungkapan untukku ucapkan syukur dengan kurniaanMu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah, syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan kumohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusi. Amin. Love you bidadariku,” katanya berkongsi kegembiraan.

Ramai rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada Neelofa kerana ‘penghijrahan’nya itu.

Antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amirah Othman, Mizz Nina, Wany Hasrita, Khai Bahar dan Linda Rafar.

 

Bagi Noor Kartini, ini adalah hadiah yang tak ternilai.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here