Polis hari ini keluarkan Wanted List terhadap tauke Macau Scam Alvin Goh

    0
    6040

    Oleh Wartawan BebasNews

    SHAH ALAM — Polis hari ini mengeluarkan kenyataan orang dikehendaki terhadap tauke Macau Scam dan judi online, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, yang meloloskan diri semasa di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

    Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Datuk Huzir Mohamed, suspek dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

    “Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan itu di sini.

    Goh Leong Yeong, 32, beralamat di Blok 25B2-5-8, Miharja Condo, Cheras.

    Menurut Huzir, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Cheras, DSP Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622 atau Pegawai Penyiasat, Insp. Muhammad Fauzal Asuar di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis berhampiran.

    Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mengesahkan kepada BebasNews bahawa pihaknya sedang memburu Alvin Goh. (Lihat sini: https://bebasnews.my/?p=45595)

    Alvin adalah mastermind dalam aktiviti judi dalam talian dikenali sebagai Kartel Low Yat. (Lihat sini: https://bit.ly/3iHojPK)

    BebasNews difahamkan, Alvin, yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Alvin (pangkat palsu) berperanan sebagai orang yang menjalankan operasi haram itu.

    Sementara peranan Addy Kana (yang kini dalam tahanan POTA) pula adalah sebagai “perhubungan awam” dengan pihak berkuasa dan mencuci wang melalui perniagaan oleh artis-artis tempatan.

    SIARAN MEDIA PJSJ BANTUAN MENGESAN SAKSI LARI (SPRM) 16102020

    — BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here