Siapa Tak Mahu Siti Nurhaliza

0
569
Video muzik lagu Siapa Tak Mahu dendangan Siti Nurhaliza akan dilancarkan pada pukul 9 malam ini di YouTube rasmi miliknya.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KEPADA peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, jangan ketinggalan untuk menjadi orang terawal menonton pelancaran video muzik lagu Siapa Tak Mahu dendangannya, pada pukul 9 malam ini (16 Oktober).

Video muzik rasmi arahan Ghazi Maslan yang menampilkan pelakon Mira Filzah dan Hun Haqeem itu dapat ditonton di saluran YouTube Siti Nurhaliza.

Siapa Tak Mahu adalah ciptaan Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna itu merupakan lagu keenam daripada album ManifestaSITI2020.

Lagu ini juga dipilih sebagai lagu tema untuk drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bakal disiarkan menerusi slot Lestary pada 21 Oktober ini.

Sebelum video muzik Siapa Tak Mahu, Siti telah pun menghasilkan video muzik untuk lagu Anta Permana, Kasihku Selamanya, Terang, 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu yang turut dimuat dalam album berkenaan.

Menariknya, penyanyi tersohor itu baru saja menerima Anugerah Emas setelah album fizikal ManifestaSITI2020 berjaya mencapai jualan sebanyak 5,000 unit.

Video muzik Siapa Tak Mahu bukan sahaja menampilkan visual menarik kerana kreativiti pengarah, malah lagu ini juga memberi mesej yang positif kepada orang ramai.

Dalam video muzik ini Siti Nurhaliza berlakon sebagai perisik kepada pasangan Mira Filzah dan Hun Haqeem.

Siapa Tak Mahu menceritakan bagaimana sesebuah hubungan itu akan berjalan lancar sekiranya setiap pasangan mengambil sikap untuk menghargai dan berbuat baik.

Setiap hubungan pasti ada pasang surut tetapi sikap untuk berubah dan berusaha memperbaiki diri akan menyemarakkan lagi kasih sayang.

Mesej yang paling jelas di dalam lagu ni adalah jika mahukan pasangan yang baik kita juga perlu menunjukkan sikap yang sama. Begitulah beberapa unsur nasihat yang cuba disampaikan di dalam lagu ini.

Untuk video muzik ini Siti Nurhaliza bertukar beberapa pasang baju untuk disesuaikan dengan jalan cerita.

Jelas Siti, penampilannya dalam video muzik tersebut agak berbeza kerana beliau berlakon sebagai spy atau perisik.

“Penampilan saya di dalam video muzik ini agak berbeza kerana saya menjadi spy atau perisik dan memerhatikan gerak-geri pasangan sedang bercinta, lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem. Saya juga mengenakan beberapa persalinan busana mengikut karakter.

“Saya berharap lagu dan video muzik Siapa Tak Mahu akan sama-sama mendapat tempat di hati para peminat dan ini merupakan di antara perancangan yang saya lakukan sebelum berehat supaya karya saya tetap berjalan,” ujar Siti.

Universal Music Sdn. Bhd., dan Siti Nurhaliza Productions(M) Sdn. Bhd., selaku penerbit telah memberi kepercayaan kepada  syarikat produksi, Zeel Production untuk menghasilkan video muzik Siapa Tak Mahu.

Siapa Tak Mahu turut dijadikan lagu tema untuk drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bakal disiarkan di TV3 menerusi slot Lestary, mulai 21 Oktober ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here