Jepun akan lepaskan air cemar radioaktif ke laut

0
244
FOTO: Wikimedia Commons/Fukushima_1_Nuclear_Power_Plant_07.jpg: kawamoto takuoderivative work: PM3, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

JEPUN akan melepaskan air tercemar radioaktif yang telah dirawat daripada tangki di loji nuklear Fukushima ke laut.

Menurut beberapa laporan media Jepun ia adalah hasil perbahasan sejak beberapa tahun tentang bagaimana untuk melupuskan cecair bersama air yang digunakan bagi menyejukkan stesen jana kuasa yang dilanda tsunami pada 2011 itu.

Walaupun dibantahi aktivis alam sekitar namun saintis berkata risiko tindakan itu tidak besar.

Bagi pihak kerajaan Jepun pula setakat ini belum diputuskan sama ada ia akan diluluskan.

Pelepasan lebih daripada sejuta tan air yang ditapis bagi mengurangkan kadar bahan radioaktif itu dijangka bermula seawal 2022, lapor bbc.com.

Sebelum cecair tersebut dilepaskan air akan dimasukkan ke dalam tapak loji bagi mengurangkan kadar kepekatannya.

Proses pelepasan air radioaktif itu dijangka akan mengambil masa selama 30 tahun.

Agensi berita Kyodo berkata keputusan rasmi akan ketahui pada penghujung bulan ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here