Thailand sekat laman change.org kerana semakin ramai rakyat sokong petisyen anti-raja

0
234

Oleh Fetty Rara

KERAJAAN Thailand mengenakan sekatan akses ke laman change.org setelah mendapati semakin ramai rakyat negara itu menyokong petisyen menolak pemerintahan Raja Maha Vajiralongkorn.

Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand berkata kandungan petisyen tersebut melanggar Akta Jenayah Komputer Thailand, lapor bbc.com hari ini.

Raja Vajiralongkorn kerap dikritik oleh rakyat kerana lebih banyak meluangkan masa di Jerman.

Setakat ini petisyen tersebut telah mendapat hampir 130,000 tanda tangan sebelum disekat.

Penunjuk perasaan menuntut supaya perlembagaan negara dipinda, pilihan raya baharu diadakan dan peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha.

Mereka juga mendesak dikurangkan kuasa raja.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here