NGO wujud dua rumah transit untuk mangsa bencana

0
201
Datuk Nor Shahbudin Monil (depan dua dari kanan) bergambar di salah sebuah rumah transit untuk mangsa kebakaran di kawasan daerah Klang.

Oleh Arazaq Nazri

KLANG — Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Dalam Komuniti Bandar Botanik, menyediakan dua buah rumah transit untuk mangsa bencana termasuk kebakaran yang berlaku dalam daerah kebakaran Klang.

Menurut Pengerusinya, Datuk Nor Shahbudin Monil, kedua rumah tersebut mampu menempatkan lima hingga enam orang sekeluarga pada satu-satu masa.

“Cadangan ini wujud apabila berlaku keadaan pihak kami hendak membantu mangsa kebakaran di kawasan Klang, tetapi rumah transit milik pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK) sudah penuh.

“Justeru dua rumah transit yang kami dapatkan ini kami akan tawarkan kepada mana-mana NGO yang ingin membantu mangsa kebakaran atau lain-lain bencana pada masa depan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa kebakaran, S.Letchumi dan keluarganya di Pangsapuri Taman Permai Indah hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi 99 Kesan, Muhd.Ali Zakariah dan wakil Pertubuhan Suara Rakyat Selangor (SPV).

Nor Shahbudin berkata, pihaknya mendapat idea mewujudkan rumah transit tersebut setelah bantuan penempatan sementara melibatkan Letchumi dan keluarganya mengambil masa yang lama kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak beberapa hari lalu.

Katanya lagi, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa NGO di daerah ini untuk membantu golongan yang memerlukan rumah transit sementara dari masa ke semasa.

“Saya juga dalam proses berbincang dengan pihak pemaju untuk menyediakan mana- mana lot kosong di tapak projek mereka bagi membantu golongan yang ditimpa musibah hingga hilang kediaman.

“Namun jika ada masalah melibatkan ramai orang yang ditimpa bencana kita tempatkan mereka di dewan orang ramai seperti mangsa banjir dan ribut,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here