TULAR : Video pisang dimakan kelawar di pasaraya Singapura

    0
    265

    PRIHATIN… Kesemua pisang yang dipercayai ‘terjejas’ akibat diratah seekor kelawar di salah sebuah cawangan pasar raya NTUC FairPrice di Singapura, sudah pun dilupuskan daripada rak jualannya.

    Ia susulan tular rakaman video atas talian pada 16 Oktober lalu yang memaparkan mamalia terbang itu bergayut sambil leka memakan buah berkenaan di premis terletak di 345, Street 31, Jurong East.

    Stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia melaporkan, rangkaian kedai runcit terbesar milik koperasi kesatuan sekerja utama di republik tersebut, NTUC turut maklum mengenai insiden aneh itu.

    Pisang berkenaan yang tidak dibungkus, sebenarnya memang dibiarkan tergantung dari sebuah rak di atas pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran lain untuk mudah diambil oleh para pelanggan.

    “Kami telah maklum tentang video tular dalam kalangan pengguna media sosial menunjukkan seekor kelawar memakan pisang pada waktu malam di sebuah cawangan kami yang beroperasi 24 jam.”

    Menurut NTUC FairPrice menerusi catatan di akaun rasmi Facebook, kejadian nadir itu berlaku di luar kedai berkenaan yang meletakkan buah-buahan dan sayur-sayuran lain untuk rutin jualannya di situ.

    Pihak pengurusan pasar raya tersebut malah menyatakan ia sudah pun memindahkan semua buah-buahan yang selamat ke dalam kedai itu bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang lagi.

    “Pemeriksaan juga dilakukan bagi memastikan sebarang buah yang terjejas terus dibuang,” katanya sambil mohon maaf secara terbuka atas sebarang kesulitan berlaku akibat insiden pelik berkenaan.

    NTUC FairPrice yang ditubuhkan sejak 1973, pada ketika ini memiliki 100 buah pasar raya di seluruh Singapura dan jadi pilihan rakyat republik itu kerana tawar produk pengguna dengan harga murah.

    Dalam pada itu, pihak premis berkenaan sedia bekerjasama dengan Lembaga Taman Negara untuk melakukan siasatan terperinci punca banyak kelawar muncul di kawasan tersebut kebelakangan ini.

    Kebetulan, premis itu tidak jauh dari Taman Tasik Jurong seluas 90 hektar yang merupakan taman negara terbesar di Singapura dan pertama seumpamanya di dunia sebelah zon kejiranan perumahan.

    Awal September lalu, warga Singapura gempar apabila puluhan ekor kelawar dikesan buat sarang mereka di banyak pokok buah yang berdekatan dengan blok flat awam Upper Boon Keng Road.

    Ekoran itu, pihak majlis perbandaran dikerah cantas dahan pokok terbabit manakala para penduduk digesa pasang objek bersilau atau jaring serangga di pintu atau tingkap untuk elak ia masuk rumah.

    Dianggarkan ada 20 spesies kelawar di Singapura, namun mamalia itu disahkan bebas virus korona, serta berperanan jadi ejen sistem ekologi pendebungaan semula jadi dan kawalan haiwan perosak.

    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here