The Curve catat kes positif Covid-19

0
614
FOTO: Wikimedia Commopns/PulauKakatua19, CC BY-SA 4.0 , via Wikimedia Commons

THE CURVE di Mutiara Damansara, Petaling Jaya menjadi pusat beli-belah terbaru merekodkan kes positif Covid-19.

Dalam kenyataan di Instagram, pengurusan pusat beli-belah itu berkata, seorang pekerja di butik kasut, Foot Solutions, disahkan positif virus itu pada 16 Okt.

Butik itu terletak di aras bawah berdekatan zon tengah (center court).

“Ketika menerima keputusan ujian saringan, pihak berkenaan memaklumkan kepada pengurusan The Curve.

“Susulan itu, semua pekerja Foot Solutions menjalani ujian saringan serta-merta dan disahkan negatif. Mereka kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari,” menurut kenyataan itu.

The Curve berkata, semua pekerja butik berkenaan dibenarkan kembali bekerja selepas memperoleh keputusan negatif pada ujian ke-2 pada penghujung tempoh kuarantin dan setelah menerima kebenaran daripada pihak pengurusan The Curve.

Pusat beli-belah itu turut menjalani proses pembasmian kuman di seluruh kawasan selepas pukul 10 malam tadi dan beroperasi seperti biasa jam 10 pagi ini.

Terdahulu 2 pusat beli belah di Lembah Klang, iaitu 1 Utama dan Mid Valley, turut merekodkan kes positif Covid-19.

Lonjakan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini menyaksikan kebanyakan pusat beli belah lengang berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Orang ramai digesa berada di rumah seboleh mungkin dalam tempoh itu bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan.

https://bit.ly/3k8i1dc
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here