Covid-19: Peraturan lebih ketat ke atas berjuta penduduk England

0
300

Oleh Fetty Rara
HARI ini berjuta penduduk England mula terpaksa patuh kepada sistem amaran tiga-peringkat.

London dan York merupakan di antara bandar raya yang telah berganjak ke peringkat kedua di mana orang ramai tidak lagi dibenarkan bercampur dengan isi rumah lain walaupun di dalam rumah, lapor bbc.com.

Bagaimana pun, keadaan agak buntu di antara pemimpin tempatan bandar raya Greater Manchester dan kerajaan pusat berhubung peraturan baharu yang diperketat itu.

Perdana Menteri Boris Johnson berkata penularan Covid-19 di Greater Manchester amat membimbangkan dan beliau mungkin perlu bertindak mencampuri urusan bandar raya itu  sekiranya peraturan tidak dipersetujui.

Setakat ini lebih separuh penduduk England (kira-kira 28 juta) diletakkan di bawah peraturan diperketat itu.

Lancashire paling terbaharu memasuki peringkat ketiga bersama Liverpool. Pub diwajibkan tutup dan interaksi di antara anggota keluarga berlainan isi rumah juga telah merangkumi banyak keadaan di luar rumah.

London, Essex, York, Elmbridge, Barrow-in-Furness, timur laut Derbyshire, Erewash dan Chesterfield kini berada di peringkat kedua yang melarang percampuran di dalam rumah bersama anggota keluarga dari isi rumah berlainan, termasuk di pub dan restoran.

Lain-lain kawasan di England yang berada di peringkat paling bawah pula diwajibkan terus mematuhi peraturan melarang perkumpulan melebihi enam orang , sementara industri hospitaliti mesti menamatkan operasi pada pukul 10 malam.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here