Air pasang besar melimpah hingga jalanraya di Morib

0
276
Jalanraya kawasan Pantai Baru Morib turut dilimpahi air pasang besar/ Foto: Arrazaq Nazri

Oleh Arrazaq Nazri

KUALA LANGAT — Fenomena air pasang besar kali kedua tahun ini melibatkan limpahan air laut hingga ke kawasan jalanraya di Pantai Kelanang, Morib pagi ini.

Penyelaras Skuad PANTAS Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Miskon Karim berkata, selain jalanraya, air pasang besar tersebut turut melimpah di keseluruhan tapak permainan kanak-kanak di kawasan pantai itu.

“Ia juga mebabitkan kawasan tempat meletak kereta berhampiran gerai-gerai.

“Sementara itu terdapat sedikit limpahan air laut di Pantai Baru Morib melibatkan kawasan tembok penahan ombak,”katanya ketika ditemui di Pantai Morib hari ini.

Katanya lagi, selain laeasan Taman Harmoni, limpahan air juga melepasi jalanraya di hadapan Istana Bahagia Kanchong Laut.

“Bagaimanpun, keadaan ini tidak berlaku ldi Pantai Batu Laut dan Jeti Tanjung Sepat,”katanya.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here