Perancis: Guru diugut sebelum dipenggal kepala

1
442

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEORANG guru yang dipenggal kepalanya di sebuah jalan raya di Perancis sebelum ini menerima beberapa ugutan kerana menggunakan kartun Nabi Muhammad ketika mengajar pelajarnya.

BBC memetik media Perancis yang melaporkan bahawa sembilan individu telah ditangkap, termasuk ibu bapa seorang pelajar di sekolah di mana guru tersebut bekerja.

Penyerang ditembak mati oleh polis tidak jauh dari lokasi pembunuhan yang berlaku semalam (Jumaat).

Menurut polis penyerang merupakan lelaki berusia 18 tahun berketurunan Chechen.

Kejadian berlaku ketika perbicaraan sedang berlangsung di Paris berhubung serangan puak ekstremis Islam membabitkan majalah satira Perancis, Charlie Hebdo kerana menyiarkan kartun Nabi Muhammad.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata serangan itu mempunyai unsur-unsur “pengganas Islam” dan guru tersebut dibunuh kerana “mengajar tentang kebebasan berekspresi.”

-BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. […] Kejadian itu terbaharu yang berlaku di sebelah petang Jumaat itu (di luar sekolah, berhampiran sekolah di mana guru itu mengajar di sebuah sekolah menengah di kawasan pinggir bandar (Conflas Saint-Honorine), terletak 30 kilometer daripada Paris. Seorang penyerang berjaya ditembak mati (16 Oktober 2020) oleh pihak polis, manakala sembilan orang lagi ditahan, termasuk ibu bapa kepada seorang pelajar sekolah itu. (Rujuk: https://bebasnews.my/?p=45794) […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here