Twitter gempar panggilan misteri detik-detik sebelum tauke Macau Scam lompat pagar

    2
    1381

    Oleh Wartawan BebasNews

    SHAH ALAM — Tersebar satu twitter milik “DSSR @SanjeevanSS” mengenai satu panggilan misteri detik-detik sebelum tauke Macau Scam “lompat tinggi” dan larikan diri dari ibu pejabat SPRM.

    Ia berbunyi: Betul ke ada seorang pegawai kanan @PDRMsia call handphone bodyguard dan bercakap kepada suspek MACAU SCAM sebelum dia “lompat tinggi” dan larikan diri dari pejabat @SPRMMalaysia?

    BebasNews belum pasti mengenai kesahihan posting ini, namun ia adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.

    SPRM baru-baru ini menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.

    Jumaat lepas (16 Okt.), pihak polis mengeluarkan kenyataan orang dikehendaki terhadap tauke Macau Scam dan judi online, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, yang meloloskan diri semasa di pekarangan ibu pejabat SPRM.

    Sehingga berita ini ditulis Alvin Goh masih belum ditemui.

    Menurut laporan BebasNews baru-baru ini, Alvin adalah mastermind dalam aktiviti judi dalam talian dikenali sebagai Kartel Low Yat. (Lihat sini: https://bit.ly/3iHojPK)

    BebasNews difahamkan, Alvin, yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Alvin (pangkat palsu) berperanan sebagai orang yang menjalankan operasi haram itu.

    Sementara orang kanan Alvin, Addy Kana (yang kini dalam tahanan POTA) pula berperanan selaku pegawai “perhubungan awam” dengan pihak-pihak berkuasa dan mencuci wang melalui perniagaan oleh artis-artis tempatan.

    — BebasNews

    Please follow and like us:

    2 COMMENTS

    1. Sepatutnya pihak polis perlu lebih professional dalam menjalankan tugas. Anggota polis yang berkawal perlu bijak menangani situasi di kawasan SPRM pada masa itu. Semasa semua pesalah dibawa masuk, mereka enggan keluar dari kenderaan kerana ramai anggota polis berada disitu. Semua anggota polis diminta menunggu di luar pintu masuk. Sepatutnya anggota polis menarik mereka keluar dari kenderaan masing-masing. Mereka tidak sepatutnya tunduk kepada kehendak pesalah. Ini adalah kelemahan pihak polis yang cuai menjalankan tugas.

      Setelah pesalah panjat pagar dan lari, sepatutnya pihak polis mengejar dan pada masa yang sama menggerakkan semua anggota polis di Putrajaya menutup semua laluan keluar dari Putrajaya. Saya percaya dalam masa 5 minit, mereka dapat ditangkap semula. Satu kelemahan yang terlalu ketara dan memalukan pasukan polis di Malaysia. Polis perlu ada SOP yang terbaik agar nampak lebih professional bila berhadapan dengan situasi begini.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here