Politik Sebab MAS Terus Hancur?

0
567

MAS terus merangkak demi pastikan terus wujud.

Tiada lagi istilah melangkah dengan bangga tapi kini MAS terpaksa mengesot demi mempertahankan syarikat yang dulunya menjadi kebanggaan negara.

Habis Madu Sepah Dibuang. Beginilah kerajaan melayan MAS sekarang.

Macam mana MAS tak mampus, kalau jenama negara terus dihimpit, dihempas, dipulas, dihentam.

Kita ingat balik apabila berpisah dari MSA, MAS pun merangkak nak bersaing, tapi berkat usaha maka dapatlah bersaing hingga beberapa kali di nobat sebagai perkhidmatan kabin terbaik.

Ketika ini, memang MAS membanggakan MALAYSIA.

MAS terlibat dgn banyak sektor penerbangan selain membawa penumpang.

1. Penerbangan penumpang
2. Ground Service
3. Pax handling
4. Cargo
5. Catering
6. MRO

Ketika MAS untung sebab monopoli semua sektor tersebut;

1. Penerbangan penumpang, bila ada syarikat tambang murah, penerbangan premium tak laku, sektor yg paling untung pun dibuka dan beri laluan pada penerbangan tambang murah. Malah, pembukaan PLUS highway pun menjejaskan bilangan penumpang

2. Ground handling MAS boleh untung sebab bayak penerbangan asing guna khidmat MAS di Malaysia.

Malangnya, kini dah ada pesaing dari kroni ahli politik dan syarikat asing. Di tambah pula dgn kemasukan SATS dari Singapore yg bekerjasama dgn Air Asia menubuhkan GTR bagi mencuri pelanggan pelanggan MAS. Post Aviation (dulu KLAS) syarikat kroni yg mula “mencuri pelanggan MAS”

Jadi, apa yang tinggal untuk MAS?

3. Pax handling, (khidmat penumpang check in) pun sama nasib dgn ground service. Pos Aviation, SATs melalui GTR melakukan kerja yg sama

4.Dalam aspek Cargo pula, dulu MAS kuasai hampir 100% air frieght di Malaysia, sekarang kapal cargo B777 pun hanya separuh muatan pergi Sabah dan Sarawak.

Kapal penumpang Air Asia di benar bawa kargo komersil, apa CAAM buat? SATS Singapore dah masuk KLIA dan rancang nak buat warehouse di 12 lagi airport lain di Malaysia .

Belum ambik kira Raya Air dan lain lain.

Sedangkan sektor ni berkembang walaupun ada pandemik covid 19. Malah Ali baba, Lazada semua ada gudang di KLIA, JD pun nak buka hub di KLIA

MAS terkulat kulat business tak ada. Mungkin selepas ini Dnata, WFS, Swissport akan di beri lesen juga utk bersaing dgn MAS

Dan ketika ini jugalah Menteri Kewangan umum tak nak bantu MAS.

Bertambah-tambah beban MAS.

5.Catering dulu MAS cater hampir semua penerbangan asing yg datang ke KUL, untung banyak.

Malangnya, bila nampak untung adik mantan PM ambik alih, lepas tu jual pada SATS Singapore, selain tu ada KLAS catering yg diberi lesen untuk cater sesiapa sahaja.

Hilang lagi bisnes MAS.

6.MRO, sektor paling untung, sektor Maintenance, Repair dan Overhauling rancak menjana keuntungan MAS, banyak service jet penerbangan asing datang ke KUL sebab murah.

Bila Air Asia ditubuhkan, lesen diberi kepada kerabat diraja tubuh MRO khas utk Airbus di hujung landasan KLIA.

Disebabkan nak untung cepat, dijual pada Tony Fernandez, lepas tu Tony jual kepada Airbus dengan untung berlipatkali ganda (RM200 juta)penuh jet Airbus serantau disitu sekarang.

Bila restructuring, sektor MRO yg kena dulu, buang ramai pekerja, walhal time Covid 19, MRO ni masih boleh buat keuntungan.

Maka ramai bekas pekerja MAS Engineering yang mahir ke Dubai dan lain lain tempat cari rezeki. Malaysia juga yang rugi dari segi tenaga pakar.

Tapi itu tak penting nampaknya.

Di KLIA, nak service brek dan tayar kapal pun company dari OHIO yg buat (tokey dia orang Bangladesh)

Bila tgk dari luar macam MAS tak pandai buat business, panggillah CEO terbaik di dunia pun, MAS tak boleh di perbaiki, tapi sebab apa??

Jangan lupa juga kerosakan semasa pengswastaan MAS.

Jadi MAS merosot dan rugi adalah akibat keputusan keputusan pembuat polisi, ahli politik dan keadaan industri semasa.

Jadi jaminan kerajaan pada pinjaman Air Asia ini, harus ada udang disebalik batu bagi membantu Tony Fernandez menggabung Air Asia dgn MAS, (not the other way around)

Maka, jadi lah kroni utk kejayaan masa hadapan.

Sumber: Wan Izzuddin Sulaiman

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here