Malukan “penjenayah alam sekitar” di khalayak ramai

0
426
Keadaan Sungai Kolam Tebatan Banjir yang dikesan mengalami pencemaran bau di Sungai Gong Selangor sehingga menyebabkan Loji Pembersihan Air (LPA) Rantau Panjang SSP1, SSP2 dan SSP3 terpaksa dihentikan tugas semalam.
--fotoBERNAMA

Oleh Datuk Rejal Arbee
CUKUPLAH sudah bagi puak-puak penjenayah alam sekitar yang berterusan mencemari sungai-sungai kita.

Tentunya puak yang tidak boleh diajar ini tahu apa yang mereka sengaja lakukan!

Kenapa pihak berkuasa tidak mahu bertindak lebih keras terhadap pelampau-pelampau ini.

Mereka seharusnya dipaksa oleh pihak berkuasa dengan dibantu orang ramai disuruh mandi dengan air yang sekotornya kalau boleh dengan air dipenuhi tahi dan segala macam sampah sarap.

Malukan mereka di khalayak ramai.

Inilah sahaja pengajaran yang mesti dikenakan ke atas puak-puak melampau ini.

Supaya dengan itu mereka tidak akan berani lagi selama-lamanya buat apa yang sering mereka lakukan di tengah malam sebagaimana mereka sering lakukan sekarang ini tanpa peduli sesiapa pun.

Inilah sahaja ubat yang mujarab untuk mereka itu.

Supaya dengan itu sungai-sungai kita tidak akan lagi dibuang dengan segala macam sampah-sarap, racun toksik serta bahan-bahan kimia berbahaya.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here