Penduduk di pinggiran Batu Caves mengambil air dari lori tangki yang disumbangkan oleh Ustaz Ebit Liew pada tinjauan susulan masalah air tercemar/ Foto: NSTP

PENDAKWAH bebas dan dermawan, Ebit Lew membeli dua lori tangki air untuk diagihkan kepada penduduk di Lembah Klang yang terjejas dengan gangguan bekalan air akibat pencemaran bau di Sungai Selangor.

Katanya, beliau keluar rumah sejak 10 malam tadi dan pengagihan air di pinggiran Batu Caves, Gombak belum selesai sehingga kini.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air, saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana.

“Ya Allah, sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air, ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan. Ada adik kecil-kecil datang ambil air, untuk masak dan minum agaknya.

“Ya Allah, bantulah semua negeri yang ada masalah air, permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” tulisnya di Facebook hari ini.

Katanya, beliau menerima banyak permintaan daripada pihak lain susulan gangguan bekalan air sejak semalam.

“Pohon doa. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. Insya Allah doakan semuanya dimudahkan.”

Awal pagi semalam, sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas 4 loji rawatan air Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat pencemaran bau itu dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar.

Katanya, siasatan masih di peringkat awal dan sampel air perlu diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca atau lokasi sebenar pencemaran itu berlaku.

https://bit.ly/35eImA7
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here