Hari ke-4 lebih 800 kes berturut-turut

0
489

JANGKITAN Covid-19 terus melebihi 800 kes hari ini dengan 862 kes baharu berbanding 865 kes semalam.

Perkembangan hari ini merupakan hari ke-4 yang melaporkan jangkitan melebihi angka 800 sejak Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 860 kes penularan tempatan manakala 2 lagi kes import.

“Sabah terus mencatatkan negeri tertinggi iaitu 673 kes termasuk 231 kes dari Penjara Kepayan. Ia diikuti Selangor (132 kes), Kedah (17 kes) dan Perak (9 kes),” katanya pada sidang media hari ini.

Tambahnya, berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi, Selangor terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster baharu setiap hari.

“Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah itu, 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk 8 kes dari kluster berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah,” katanya.

Tambahnya, daripada 862 kes baharu yang dilaporkan, terdapat 2 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, membabitkan seorang warganegara.

Manakala, daripada 860 kes penularan dalam negara, 4 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept 452 kes.

Ketika ini, seramai 7,681 kes sedang dirawat, dengan 95 mangsa berada di unit rawatan rapi dan sebanyak 29 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Hisham juga melaporkan 3 kes kematian hari ini, membabitkan lelaki berusia 78 tahun dan 2 wanita berusia 59 tahun dan 90 tahun.

Semua kematian ini dilaporkan di Sabah.

Pertambahan 3 kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian berkait Covid-19 sebanyak 193 kes.

https://bit.ly/3m8KNuP
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here