Telaga Rakyat talian penduduk Jalan Kebun

0
546
Seorang penduduk dan anaknya mengambil air di Telaga Rakyat Anak Jati Jalan Kebun.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM— Telaga Rakyat Anak Jati Jalan Kebun menjadi ‘talian hayat’ penduduk setempat mengambil air bagi kegunaan isi rumah apabila bekalan air dari syarikat utiliti terganggu.

Menurut ahli Persatuan Anak Jati Jalan Kebun, Faizal Shahroni,40, beliau bagi pihak persatuan berasa terharu kerana dapat membantu orang ramai yang keputusan bekalan air sepanjang beberapa hari ini.

“Telaga yang kita bina ini memberi banyak manafaat kepada penduduk apabila air tergendala di kawasan ini.

“Kita pun sudah beberapa kali menghadapi masalah air. Alhamdullillah kita mempunyai telaga sebagai bekalan waktu kecemasan,”katanya di Telaga Rakyat Anak Jati di Jalan Kebun hari ini.

Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh mengambil air tanpa sebarang bayaran pada bila-bila masa.

Sementara itu seorang peniaga dari Klang, Fauzan Ali,43, sebagai peniaga restoran beliau perlu mendapat bekalan air bagi menguruskan perniagaan makanan beliau.

“Alhamdullillah air telaga di sini bersih dan selamat digunakan. Terimakasih kepada pihak Persatuan Anak Jati kerana membenarkan kami mengambil air.

“Masalah air di kawasan Taman Seri Andalas menyebabkan saya mengambil bekalan air di sini.Setelah saya mendapat maklumat dari rakan, maka saya datang ke sini,”katanya.

Beliau menambah, sebaiknya pihak berkuasa memperbanyakkan lori tangki air untuk memudahkan rakyat mendapatkan air pada masa depan agar penduduk tidak terus berada dalam masalah bekalan air.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here