Warga TH positif Covid-19

0
439

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) semalam memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan seorang anggota TH di Ibu Pejabat Menara TH Jalan Tun Razak telah disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di hospital.

Anggota tersebut telah menjalani saringan Covid-19 pada 19 Oktober dan didapati positif pada 20 Oktober 2020.

Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, anggota yang dikenal pasti kontak rapat dengan pegawai yang dijangkiti Covid-19 telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan serta menjalani kuarantin selama 14 hari.

Berdasarkan nasihat KKM, TH akan melaksanakan sanitasi di kawasan kerja yang terlibat dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan
kepada warga kerja yang lain dan juga para pendeposit yang berurusan di kaunter TH.

TH sentiasa mengutamakan keselamatan warga kerja dan para pendepositnya.

TH menasihati orang awam khususnya para pendeposit yang berurusan di semua pejabat dan cawangannya supaya mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan di semua pintu masuk dan kaunter TH.

TH akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa khususnya KKM bagi mengekang penularan wabak ini dan memastikan keselamatan warga kerja dan para pelawat bangunan pejabat TH.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here