Trump kekalkan akaun bank di China – Laporan

0
299

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan memiliki akaun bank di China sejak bertahun bagi tujuan projek perniagaan beliau di negara itu.

Menurut akhbar The New York Times (NYT) akaun yang dikendalikan oleh Trump International Hotels Management itu mempunyai rekod pembayaran cukai tempatan di antara 2013 dan 2015.

Pendedahan itu dianggap ramai sebagai bercanggah dengan pendirian beliau berseteru dengan negara China hingga mencetuskan perang perdagangan dengan AS.

NYT mendedahkan maklumat tentang akaun tersebut melalui semakan rekod cukai Trump yang merangkumi butiran kewangan syarikat dan peribadi.

Bagaimana pun, peguam Trump Organisation, Alan Garten menyifatkan laporan NYT itu sebagai hanya ‘spekulasi’ dan tidak tepat.

Menurut beliau akaun tersebut dibuka di cawangan bank China di AS bagi tujuan pengurusan cukai di China.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here