Siapa pandai mengaji, dapat upah

1
406
Little Huffaz terbuka kepada anak-anak berusia dari tiga tahun hingga lapan tahun.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

ADA ibu bapa yang menjadikan siri animasi Islamik, Omar & Hana sebagai panduan kepada anak-anak kecil untuk belajar mengaji alif, ba, ta.

Bukan ibu bapa tak pandai mengajar, cuma pendekatan yang digunakan oleh produksi Omar & Hana menarik perhatian anak-anak untuk terus membaca. Malah ada anak-anak sudah boleh membaca apabila sering kali menonton rancangan tersebut.

Bagi anak-anak yang merupakan ‘pengikut’ Omar & Hana, mereka boleh menyertai Little Huffaz, pertandingan hafazan al-Quran peringkat antarabangsa melalui platform digital yang pertama kali diadakan.

Penganjuran Little Huffaz bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di seluruh dunia menghafal al-Quran serta menanam rasa cinta terhadap ayat suci al-Quran.

Logo Little Huffaz, pertandingan hafazan al-Quran peringkat antarabangsa melalui platform digital.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori umur, iaitu dari tiga hingga empat tahun dan seterusnya, umur lima hingga lapan tahun.

Setiap peserta dikehendaki memilih surah mengikut senarai kategori umur mereka, dan kemudian memuat naik rakaman video hafazan melalui laman web rasmi Little Huffaz atau laman media sosial.

Peserta akan dinilai oleh barisan juri antarabangsa termasuklah Mufti Ismail Menk, Ustaz Yusuf Mansur, Ustaz Don Daniyal, Qari Youssef Edghouch, Furqan Fawwaz dan Mimi Jamilah. Penilaian setiap penyertaan akan berdasarkan hafalan, kefasihan, tajwid, dan kreativiti.

Hadiah kemenangan bagi pertandingan ini merupakan wang tunai bernilai USD500 dan piala untuk tempat pertama, USD350 untuk tempat kedua, USD250 untuk tempat ketiga, USD150 untuk tempat keempat dan akhirnya USD100 untuk tempat kelima.

Setiap pemenang juga akan menerima barangan eksklusif Omar & Hana serta e-sijil. Pendaftaran untuk pertandingan Little Huffaz ini dibuka dari 19 Oktober sehingga 6 November 2020.

Logo siri animasi Omar & Hana yang banyak mengajar anak-anak kecil mengenali huruf alif, ba, ta.

Untuk mendaftar, calon yang berkelayakan boleh melayari ohittlehuffaz.com dan terus ke halaman ‘Cara Menyertai’ untuk menghantar penyertaan. Terdapat lima peringkat bagi pertandingan ini, iaitu:

Peringkat 1: Peserta menghantar video hafalan
Peringkat 2: Pemilihan 40 peserta terbaik
Peringkat 3: Pemilihan 20 peserta terbaik
Peringkat 4: Pemilihan 5 peserta terbaik
Peringkat 5: Penilaian secara langsung di peringkat akhir

Sebelum ini, Mini Little Huffaz, yang diadakan pada 3 September hingga 26 September lalu, telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu sebanyak 260 penyertaan dari 17 negara yang berbeza termasuk Malaysia, Indonesia dan United Kingdom.

Ikuti laman media sosial rasmi, langgan ke saluran YouTube Omar & Hana atau layari laman web ohittlehuffaz.com  untuk maklumat lanjut.

-BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here