Muhyiddin pengerusi mesyuarat khas kabinet

0
375
fotoBERNAMA

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di sini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada kira-kira 8.57 pagi, bagi mempengerusikan mesyuarat yang dijangka bermula 9.30 pagi.

Beberapa kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet juga dilihat memasuki Perdana Putra, dan sebelum memasuki perkarangan bangunan tersebut, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu.

Antara yang kelihatan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Perdana Putra pada kira-kira 9 pagi.

Sekumpulan pengamal media berkumpul di laluan masuk ke Perdana Putra ekoran desas desus mengenai rombakan Kabinet akan dibuat, berikutan mesyuarat yang diadakan hari ini.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here