Covid-19: AS lulus penggunaan ubat remdesivir

Bagaimana pun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata remdesivir tidak banyak memberi kesan, malahan dalam keadaan tertentu ia tidak mujarab langsung.

0
315

Oleh Fetty Rara

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) yang merupakan badan pengawal selia ubat dan makanan Amerika Syarikat telah meluluskan penggunaan ubat antivirus remdesivir di hospital bagi merawat pesakit Covid-19.

Badan itu mendakwa bahawa satu daripada jenama untuk ubat tersebut, Veklury, mampu mengurangkan masa pemulihan secara purata sebanyak lima hari, lapor bbc.com.

Menurut kenyataan FDA remdesivir merupakan rawatan pertama diberikan kelulusan oleh FDA bagi merawat Covid-19.

Minggu lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata remdesivir tidak banyak memberi kesan, malahan dalam keadaan tertentu ia tidak mujarab langsung.

Kenyataan WHO itu berdasarkan kajian dalaman, tetapi syarikat pengeluar Veklury, Gilead sebaliknya menafikan dapatan tersebut.

Remdesivir dibenarkan untuk penggunaan semasa kecemasan hanya di AS sejak Mei lalu.

Ia juga digunakan bagi merawat Presiden Donald Trump setelah beliau didapati positif Covid-19. Beliau kini telah pulih.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here