Thailand tarik balik perintah darurat

0
375

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KERAJAAN Thailand menarik balik perintah darurat setelah beberapa hari berdepan dengan tunjuk perasaan besar-besaran.

Dekri yang dikeluarkan seminggu lalu bagi mematahkan protes yang berlarutan sejak berbulan itu turut ditarik balik, lapor bbc.com.

Di bawah dekri darurat itu perhimpunan lebih daripada empat orang diharamkan dan perintah berkurung dikuatkuasakan.

Bagaimana pun, dekri tersebut sebaliknya menyaksikan tunjuk perasaan lebih besar diadakan bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha dan pengekangan kuasa raja.

Sebagai reaksi, Prayuth membayangkan bahawa penarikan balik dekri itu akan kekal sekiranya pihak penunjuk perasaan mengurangkan desakan yang ‘memupuk kebencian dan perpecahan’.

Antara desakan pergerakan pro-demokrasi yang dipimpin pelajar itu termasuk supaya diadakan pilihan raya baharu, pemindaan perlembagaan dan menghentikan tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here